Thursday, 19 August 2010

Ibadah Puasa

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu."

  1. Pengertian puasa:
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

   2.    Rukun puasa:
  • Niat di waktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.
  • Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
    3.    Syarat Wajib Puasa:
  • Islam
  • Akil baligh, tidak wajib puasa ke atas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Tinggal tetap (tidak bermusafir)
  • Mampu untuk berpuasa (orang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)

     4.   Syarat Sah Berpuasa:
  • Beragama Islam. Orang kafir tidak sah
  • Suci dari haid dan nifas
  • Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak (yang tahu membezakan baik dan buruk)
  • Berpuasa pada waktunya

     5.    Jenis-jenis Puasa
  • Puasa wajib: Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya
                                     1.Puasa qada'

                                     2.Puasa nazar

                                     3.Puasa kifarat

  • Puasa sunat: Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.

       6.     Jenis-jenis Puasa Sunat
  • Puasa sunat di bulan Syawal
  • Puasa sunat di bulan Zulhijjah
  • Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah (hari Arafah)
  • Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 hari bulan hinggalah pada 9 Haribulan Muharram.
  • Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram (sunat 'Asyura).
  • Puasa sunat di bulan Rejab (kesuluruhan bulan Rejab).
  • Puasa sunat di bulan Syaaban (kesuluruhan bulan Syaaban).
  • Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  • Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah (Islam).
  • Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
  • Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

      7.     Batal Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad

      8.     Hari yang diharamkan berpuasa
  • Berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal)
  • Berpuasa pada Hari Raya Aidil Adha ( 10 Zulhijjah )
  • Berpuasa pada hari-hari Tasyrik ( 11, 12, dan 13 Zulhijjah )
  • Berpuasa pada hari syak(hari yg di ragui 30 sya’ban atau sudah 1 ramadhan)

      9.    Hikmah Puasa
  • Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
  • Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
  • Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
  • Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita.
  • Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
  • Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahp keikhlasan hati.
  • Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
  • Berpuasa dapat melatih dir agar menjadi seorang yang amanah.
  • Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
  • Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
  • Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
  • Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
  • Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Berpuasa dapat menimbulkan perasaan indaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

No comments: